Tuesday, August 7, 2018

Salam Perkenalan

Selamat Datang ke KOMc

KOMc merupakan singkatan nama : 
Kelas Online MATH untuk Tahun 1,2 dan 3.

Nama saya Mariana, boleh panggil Cikgu Maria @ HT Maria  

Saya berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, dari Universiti Utara Malaysia.

Berpengalaman selama lebih 3 tahun mengajar subjek Matematik bagi tahun 1, 2 dan 3.

Harapan saya agar dapat membantu anak-anak lebih memahami betapa SERONOKNYA matematik ini, di samping mengukuhkan asas mereka.

Kelas ini akan berkongsi ilmu Matematik Tahun 1,2 dan 3 dengan cara SERONOK dan mudah FAHAM..dengan ibu bapa & anak-anak di luar di sana.

Niat kami (Saya dan HT Amir) adalah untuk membantu seberapa banyak di luar sana agar dapat memahami subjek Matematik dengan lebih baik. Seterusnya kami berharap anda dapat menggunakan ilmu tersebut untuk membantu anak-anak menyiapkan kerja sekolah di rumah ataupun untuk mengulangkaji dan belajar sendiri. 

Kami percaya setiap anak-anak sebenarnya GENIUS. Mereka hanya perlukan dorongan yang tepat dan sesuai oleh orang lain terutamanya ibu bapa sendiri di rumah. 

Semoga usaha kita ini diberkati Allah dan bermanfaat untuk semua orang terutamanya untuk anak-anak kita. 

Ingat! “Kejayaan Bermula Dari Asas Yang Kukuh”

Cikgu Maria
Tuisyen Online Viral via WhatsApp
Kelas Online Math KOMc Tahun 1, 2 dan 3
016-662 7174

No comments:

Post a Comment